Monday, 30 July 2012

Berbuka di Thistle Hotel, Port Dickson

Puasa ke-7 sempena genab seminggu puasa, aku n Pah decide nak berbuka di luar. So aku ajak berbuka di hotel, saja nak sweet 16 g dating buka kat hotel. Destinasi pilihan adalah Thistle Hotel Resort n Spa di Port Dickson.


Before kiteorg berbuka, aku ngan Pah jalan2 amik,angin pantai dulu amik mood jiwang jap. Ajak Pah lepak tepi pantai main gitar sambil amik gambar guna kamera baoru yang dh berkulat dibeli sempena weeding aku ngan Pah. So ni gambar Pah yg nak jadi Najwa Latif Wannabe.


Aperla nak jadi ngan Pah aku sorang nie. Sambil2 dok layan lagu Melly "Butterfly" aku snap beberapa gambar tapi Pah pun sempat gak curi amik gambar aku. Cool bro.

Dah puas menyanyi, snap sana snap sini poyo mcm photographer pengantin. So waktu pun dah nak berbuka Pah pun dh bising ajak makan so kiteorg gerak ker destinasi utama. Untuk makluman kepada yang berminat, bofet ka
t sini dalam RM 70/person n memang puas hati bagi pengemar kambing golek.


Gambar Kambing Golek terbaik untuk santapan uolls semua khas daripada Pah.


1st Baby Experience

Baby sndiri sapa yang taknak, tapi skang ni di paper dh banyak kes2 dera n bunuh anak sendiri. Baru2 ni my mom ckp ader budak masuk spital HUKM wad emergency sebab kena dera ngan mak ayah dier, bila tekan nak bagi suport pernafasan tiba2 kuar air dari mulut. Bro binatang pun sayang anak bro, so jgn jadi lagi hona dari binatang g bunuh n dera anak bro.

1st baby dh gugur, aku redha jer tapi hopefully lpas ni ader rezekila. Semalam aku ngan Pah hang-out ngan membe aku Kamaha Fezrul bawak family n anak dier yg baru 1.5 months jalan2. Setiap 15 minit merengek jer baby dier, so stiap 15minit kena g breast feeding room untk breast feed anak dier. 

Walau dh bagi makan, nangis tetap nanges bro. Kuatnyer jgn ckp, tak ingat semua orang tgk. Perghh susah dowh jadi bapak n mak ni nak bela budak kecik. Nak lepak jalan2 n makan pun susah. Aku ngan Pah dah berborak2 mcm mana biler ader anak sndr. Terpikir mcm mana kalau ader baby nanti boleh ker jaga terbaik. Harap2 boleh sebab Arsenal boleh! Jaga Baby Boleh!

So kenang2 la jasa mak ayah uolls sbb besar pengorbanan yang kita sendiri tak boleh bayangkan kita mampu ke tak! So "Selamat Hari IbuBapa" jatuh pada tarikh ni. Aku umumkan cuti bagi yang apply cuti, kerja bagi yang tak dapat cuti! Pah Sok Abang Kejer yer Pah.

Batang Alarm?????

Mengigau adalah simptom bagi orang tido. Kadang2 best melayan org ngigau ni n kadang2 rasa mcm kita pulak yang masuk air. Baru2 ni Pah aku kuat betul penyakit ngigaunyer. Dah macam org kena ngigauseleksia. Hei "Pah"2. Macam2 hal la ko nie Pah.

Kejadian malam pertama aku tgk Pah dh mcm kena penyakit 'Parkinson' aku tgk. Lap mata, tepuk perut sebijik mcm 'Mohamad Ali' brangkali tangan kejang kot. hahahah mcm2 la ko nie Pah.

Kejadian malam kedua ni agak best sikit bila jam phone berbunyi untk bangun sahur. Aku dah blur2, tgk Pah dh meronta mcm baby tak dapat susu netek. Aku tanya pehal, dier ckp tgh cari Batang Alarm. "Batang Alarm?? Aper kebenda tu. Aku pulak sengal2 g tolong carik skali. Puas tunjuk phone dier, dier kata bukan.Aku tunjuk phone aku pun dier kata bukan. Dier nak jugak "Batang Alarm" tu. Aku dah masuk air dh mikir. Last skali bt derkkk, baring jer. Biler pusingnbalik tgh main phone, "Pah bt aper?" "Tgh main phone"...hurmmm main phone dengan mata pejam ek. Rare betul tu.

Aku diamkn ajer, tapi yang peliknyer time sahur dier ckp dier ngigau. Hurmm tau pulak ek biler kita ngigau. Bagus2 sng tak payah xplain. Anyway malam ni nak tgk Pah nak ngigau aper pulak. So slmt mlm n have a nice dream guyz.

Wednesday, 25 July 2012

Juadah Bersahur

Kebanyakan orang jarang bersahur especially bujang, tapi bagi yang cepat lapar compom sahur kalau tk compom bukak puasa tghari. Puasa YangYok masuk dapur bukak Periuk!

Biasanya aku atur nak makan apa untk sahur sbb sahur lagi penting daripada berbuka. So menu sahur ketiga kami ialah Kari Sardin, ayam goreng n Sayur kacang panjang. Biasa bangun 4.30 makan kul 5.15, tapi kali ni start baca doa pun dh kul 5.30, makan ape ntah lagi.

"U kentang mana?" "Jap tgh rebus"...aku blur sekejap sebab kari n sardin dh makan tapi kentang tgh rebus. Hurmmm! Kentang ada 4 ketul, 2 ketul bagi aku makan n lagi 2 ketul sbb tak sempat makan boleh simpn dlm peti ais untk hari tua KATA KAU! OMG!

Apa yang penting, Kerjasama! Thanks sebab masakkan setiap kali sahur. Tq Moo! Moo!

Wednesday, 18 July 2012

Gemuruh MC

'Pekerja Terbaik'...Antara gelaran buat staf yang Skema Rama!. Untuk aku memang tak mungkin dapat la dengan cuti memanjang, EL memanjang tapi MC cukup susah. Biasanya orang suka amik MC instead of EL tapi aku lagi suka EL instead of MC.

Harini ujan lebat giler, 2km driving 45 minit. Pergh muntah aku tekan brek n minyak. Last skali decide untk MC. Balik2 pe lagi tido dulu then baru pk nak g klinik amik MC. Gemuruh pnye pasal tghari baru g klinik nak mintak MC. So skang kena pikir alasan aper nak buat supaya dapat MC.

1. Sakit Kepala
2. Sakit Perut
3. Migrain
4. Cirit Birit

Dari umah sampai klinik memikir nak pakai alasan aper. Gemuruh mengalahkan nak amik Exam Study n Jumpa Bos Nak Kena Marah. Perghh stress giler siot. Last2 skali aku guna alasan batuk ader darah since tonsil aku bengkak. Tapi yang bestnya bila doktor tanya aku cakap aku dh ok just dtg nak tanya punca jer. BODOH nyerla. Tapi bila amik ubat aku mintak gak MC kat kaunter. Puas kena sound ngan cashier baru dapat. Dier boleh senyum sinis kutuk2 mintak MC perli aku amik MC tipu. Explain panjang lebar tapi last skali dapat ubat sakit kepala. Siot betul. Apapun tetap dpt
MC. YEAH!

Walaupun dah dapat MC tapi sampai skang aku masih rasa bersalah sebab tipu doktor amik MC. Setahun baru 3 hari MC. 2 hari original n 1 hari tipu. Hahahahah

Monday, 16 July 2012

Nasi Lemak Kuning Rare

Next place aku nak share ngan uolls bagi yang tak pernah datang ke kedah n nak try makanan kat kedah, uolss boleh la datang ke Pantai Murni, Gurun. Tempat ni agak best untuk santai2 ngan membe2 or dating.

Malam tadi lepas balun Mee Udang Banjir, siang kami belasah pulak Nasi Lemak. Tgh duk pekena kopi tarik, aku nampak nasi lemak daun pisang. Perghh sedap ni sbb KL dah lama tak makan nasi daun pisang. 'Abg Nasi Lemak Bungkus Tu Satu'.

Aku amik Nasi Lemak Bilis. Buka2 jer Jeng! Jeng! Nasi Lemak Kuning. Aku dengan selamba dor jer panggil brother tu, Bang ni nasi lemak ke pulut. Tak perasan membe aku sebelah, dier cakap nasi lemak cnie mmg mcm ni. Pelik uolls. Tapi radak jer la, gua makan jer la.

Makan2 pergh sedap dorh. 5 thumbup uollss. Mmg original. Nasib baik dh kenyang makan tghari kalau tak mau 4/5 bungkus. Kalau nak santai2, n try nasi lemak kuning boleh datang ke Pantai Murni, Gurun. Masuk pekan Guar Chempedak, terus jer sampai jumpa Pantai Murni kat belah kiri berdekatn BSN n Pejabat Pos.

Gambar Nasi Lemak Kuning untuk buat air liur uollss terliur sedikit.



Mee Udang Banjir D-King Sungai Petani



Last thursday i've had a meeting at Gurun, Kedah n stay at Park Avenue hotel Sg. Petani.

Tempat yang pertama yang harus ditujui apabila perut lapar adalah 'Kedai Makan Mee Udang Banjir D-King' kat sungai petani. Perghhh terbaik uoollss. Lagi terbaik kalau uollss order bersama sotong sambal. Memang class, rasa sotong pun fresh giler tak sama mcm kat pasar KL. Ni event wajib aku setiap kali ke kedah.

Bagi sapa2 yang nak rasa Mee Udang Banjir aku sarankan datang kat kedai D-King ni. Lokasi kedai ni sangat senang nak jumpa. Keluar tol Sg. Petani selatan n straight sampai junpa trafic light berdepan Giant. Bila sampai kat trafic light tu, uolls kena masuk kiri sampai trafic light untuk membuat pusingan U. Then terus sebelum trafic light uolls akan jumpa simpang kiri, masuk simpang tu n uolss akan jumpa kedai tersebut.

Bagi yang ingin mencuba, dipersilakan kerana kedai makan dier mmg selesa n yg paling penting Mer Udang dier mmg Class. Selamat mencuba Uollss.




The Amazing SpiderMan 2012


Last weekend start dari 3-8hb aku join sports day yang melibatkan seluruh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi Sukan Tahunan MKSR 2012.

Then on 9th Julai kami semua dapat cuti satu hari untuk hari berehat. Menang bersukan tidak sekali tapi rehat berhari-hari. Heheheh. Pada hari yang sama disebabkan takde ape nak buat kat umah so kami jalan2.

Untuk buat dier happy n tak sedih so kami aku atur untuk berjalan. Agenda yang pertama - G shoping kat Nilai 3. Item yang dibeli adalah karpet, wall picture, dan perhiasan dapur. Agenda kedua - Nilai 3 ke Balakong beli Almari dapur yang duk bising tak dapat2.

Agenda ketiga - abehkan voucher jusco n tgk wayang citer The Amazing Spiderman. Bagi aku citer dier memang best tapi agak lari sikit daripada citer sebelum ni sebab kuasa web spiderman sebenarnya pada jam bukan pada celah urat tangan..hahaha lol. Dalam citer ni pun spiderman takdela kebal sangat, agak lembik jugakla bila kena belasah.

But overall aku bagi 4/5 bintang sebab action dier mmg class uolls. Walaupun hero tak hensem tapi cute ader. Badan pn biasa jer, mmg ordinary guys jadi spiderman. Just action jer best but anyway realistik la takdela pelik sangat bile dipikirkan. Selamat menonton bagi yang nak tonton.

Apa2 pun kredit untk Jusco, Nilai n Balakong kerana berjaya membuatkan duit aku pokai teruk! Peace uollss.

Thursday, 5 July 2012

Kehilangan 1st Yebiku

5hb July 2012 my wife telah alami keguguran. Pergh sedih giler kot coz itu adalah first baby kami, lagipun baru nak join Fasha Sanda "Bunting Pelamin". Time dapat news tu aku kat bangi, ukm tgh raptai sukan kementerian. Pergh melelh gak air mata time driving balik tu.

My mom datang untk be sure yang itu adalah kantung baby since die adalah nurse. Bukak jer pintu umah, mak aku terus ckp bini aku gugur. Sedih tak terkata. So malam tu jugak kami ke hospital ampang untk,check if ader saki baki yang masih belum keluar n alhamdulilah semua dah keluar so just mkn ubt jer.

Doktor sahkan anak tu dah 5 minggu n dah meninggal dlm seminggu. Maybe semua ni salah aku sbb slalu buat spoil, tapi aku pk positif maybe ini bkn rezeki aku. Malam tu kami mmg duk termenung jer memikir tapi mmg tk blh tido asik terjaga jer.

Kami tak dapat amik gambar kantung tu coz dah dibawa ke makmal hospital untuk disemak. Tapi kami akan cuba lagi n usah bersedih sebab masih ada
lagi org yg tidak bernasib baik lagi daripada kami.

KAMI REDHA N KAMI DOA ANAK KAMI DITEMPATKAN DI TEMPAT YANG BAIK & KAMI PASTI AKAN MENYUSUL.