Sunday 26 August 2012

The Making Of "Fared Junior"

Biler dah mengandung so wajib la post pasal baby ni kan. Biasala anak pertama sapa yg tak seronok. Lepas gugur anak 1st pada awal bulan 7(julai) yg lalu, sedih gak tapi redha jerla sbb mybe blm rezeki. Kalau doktor cina pn blh pk mcm tu kita islam aper lagi, malu la ngan doktor tu kalau nk melalak2.

Tapi alhamdulillah, rezeki tu tunggu tak lama, sekejap jer lepas tu dh melekat semula. Ikut kata doktor dulu, baby dlm 5 minggu ke atas baru blh detect kat pregnancy test. So biler cek dlm 4 minggu tu samar2. Tapi to be confirm cek lagi skali n baru kuar dengan jelas dlm minggu lepas (6th week).

So mulalah moment2 sbgai bapa wannabe. Mengidam, merengek, jgn ckp la, hari2 kena hadap. Perghh lagi penat dari ngdap meeting pagi smpi malam. Bagi laki yg bergelar suami, make sure sediakan apa yg diidam isteri sbb kepercayaan org tua nnati takut anak melelh air liur. Tapi bila dipikirkan balik, kenapa perempuan barat tk mcm ni. Minah Saleh lepas beranak seminggu dua terus blh berlari, tkde pun perut buyung, buncit or lendut. Anak pun tkde pun melelh air liur. Tapi kat malaysia, mybe ini dinamakan budaya n kepercayaan manusia. Semuanya lain2.

Ape2 pun sediakan la secukupnye kelengkapan isteri n bersedia la secukupnye kerana korang akan hadapi benda yg korang sndr tak penah rasa. Patutla abang aku kata cukup la sorang jer anak dier, tknk tambah dah. Tapi itu biasala, sok lusa ok la tu.

Nasihat untuk suami, bnyk2 kan brdoa n tawakal. Paling penting doa minta transfer mengidam isteri tu kt korang sbb sng kalau korang ngidam, kuwar jer g cari sndr kalau tkde pn tk susahkan anak isteri. Kalau bagi yg baik sikit doa2la sakit penat tu dipindahkan sikit kt korang. Untung3 blh dpt MC. Heheee :)

Ragam Mengandung

Isteri mengandung sapa yang tak seronok. Tapi bagi suami semua, bersediala untk hadapi moment2 anda as 2 in 1 person. Andalah suami dan anda juga adalah isteri. Skang ni baru uji kehebatan anda memasak telur goreng kicap. Bagi yang tak pandai masak nmpk gayanye makan luar ajerla.

Tipah kena "Morning Sickness". Perghhh ragam dier jgn ckpla. Bagi yang tak tau psl pnyakit ni, pnyakit ni sbnrnya penyakit org mengandung. Pesakit akan muntah biler makanan masuk dlm badan. Kadang2 tak makan pun muntah, so nasib la kuar aper. Kadang2 darah, kadang air jer.Memang aku jadi doktor tak bertauliah.

Semalam dah jadi Mohabatein, dukung smbil baring.berat Ya Allah. Tapi itu baru sikit. Semua ni kena banyak bersabar, kalau tak bnyk bersabar mmg mcm2 bnda blh jadi sbb kesabaran sangat diuji dgn ragam mcm2. Skang ni baru 6 minggu dh asik muntah jer.

Penjagaan mengalahkan baby kecik. Malam2 kena urut ngan minyak angin bagi segar sikit badan, lepas tu kena sentiasa berjaga takut muntah teruk so kena teman, pastu ubat n air bnda paling penting kena jaga. Skang baru blh tgk suami jga bini. Kadang2 berat nak buat tapi kena jugak la since bnda ni pn ko jugak yg bt so jgn bnyk komplain.

Skang ni aku kat HUKM, tipah kena masuk air dalam badan sebab dh terlalu dihydrate. Dah tkde aper2 dlm bdn sbb asik muntah jer. Bagi suami semua harap2 bersabar la jaga bini anda yg kena "Morning Sickness" ni sbb ia akan berlarutan n akan menjadi makin teruk smpi 3-4 bulan. Sambil2 tnguu tipah masuk air, so aku tulis la citer yg tak berapa best ni bagi yg sudi baca. Heeeee tq n good luck to all guys/husband. Show your gentlemen ok.

Monday 6 August 2012

Final Single Badminton Olimpik 2012

Bagi yang meminati sukan badminton mahupun tk minat, kompom tgk sukan ni yang berlangsung mlm semalam. Sedangkan Makcik2 yg mkn kerepek kt bawah pangkin umah sambil minum air sirap selasih pun suka tgk sampai terangkat2 kain batik, inikan yg lain.

Macam2 spekulasi yg ada kat tweet, fb n instagram. Ader yg kata DLCW minum air perisa Nangka, ada Kipas kat Belakang DLCW sbb tu asik out jer bola, dn yg paling bnyk adalah Baskin Robbin dengan promotion dier 'Jika DLCW Menang, Maka Aiskrim Free pada 8hb Ogos'. Dari segi Marketing, kalau DLCW menang, nasib la Baskin Robbin nak tanggung kos aiskrim.

Aku dah catur2 dah brapa kali nak pegi amik aiskrim n mcm mana nak buat muka supaya staf baskin tk kenal. Hehehe mangsa aku adalah Tipah, aku akan jadikan dier org suruhan aku.

Yang aku tk puas hati ni, setiap kali aku tgk mesti DLCW kalah, setiap kali tukar Chanel mesti DLCW leading. So sbb nk bg DLCW menang, maka aku tukar la channel. Bila buka dh hampir2 menang tapi tipah la sibuk nk tgk jugak last2 DLCW kalah. Punya la bengang, obses sgt smpi aku ngan tipah gadoh. Emo kjap aku, mybe sbb makan cekodok smbal tu sbb emosional lebih.

Tak kisah la yg penting DLCW dh cuba yang terbaik mybe tkde rezeki. Kamon DLCW. Tapi kalau ko menang pun aku bukan untung ape2, so biar jer la tipah oi toksah la gadoh2! Hheheh tapi jgn main2 wooo badmiton pnyer psl blh Gadoh! Baru badminton kalau bola susah la.

Aku boleh rumuskan DLCW kalah adalah disebabkn Datin Seri Rosmah tk dtg sokong dier smbil pakai baju sukan merah! Gogo DLCW

Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 'HPPNK 2012'

6hb Ogos telah dianugerahkn oleh Tun Abdul Razak sebagai Hari Peladang Penternak & Nelayan Kebangsaan bagi seluruh malaysia.

So bagi ahli2 peladang tarikh ni blh keluar ke bandar layan movie kat cinema hindustan old skool. Layan air nangka n kacang kuda, perghh! Siok!

Bagi tahun 2012, perasmian oleh Dato'
Seri Noh B. Omar (Menteri Pertanian). Kalau follow tentative, patut hadir jam 5 petang, skang dh jam 6 petang baru muncul. Maybe ini baru betul Melayu..takpun maybe dier sesat jalan g bazar ramadhan jap beli air keladi bt berbuka.Dengan hadirnya M.Pertanian, maka bermula la event dgn rasminya.

Event utama harini adalah t/tgn MOU antara NAFAS dan Bank Rakyat bagi penubuhan 'Dana Peladang Kebangsaan @ Bank Peladang'. Hasil titik peluh aku merancang n menyiapkan brsama group2 muda. Kira kredit kpd kiteorg jugak la.
Walaupun diuruskan oleh Pengurus Baru tapi tanpa rancangan maka tiadala badan apex ini. Heheh muka berlagak mcm Samivellu biler menang undi.

Untuk makluman uollss. Ahli PP adalah seramai 800ribu ahli dengan 271PPK dan 13PPN. Maka pada tarikh ni kita telah mengumpulkan seramai hampir Seribu (1000) ahli untuk jamuan berbuka puasa bersama2 M.Pertanian.

Lepas ni ucapan M.Pertanian, aku nak tgk dier nak sentuh isu Hari Peladang or nk citer pasal "ISU AIR". Heishhh! Apa2 pun M.Pertanian skang ni bnyk dah tolong ahli Peladang n jasamu dikenang! Ehem2 dh promote Undi ni
Tkde upah ker!

Selamat Hari Peladang Penternak dan
Nelayan Kebangsaan 2012.

Saturday 4 August 2012

Nasi Ayam Madu

Dah nama pun puasa so wajib la citer pasal makanan. So sempena genab dua(2) minggu umat islam malaysia berpuasa i decide nak masak. Lagipun weekend takde planning nak ke mana2.

So masakan i harini adalah 'Nasi Ayam Madu'. Sebelum aper2 g basuh keter dulu, then baru g pasaraya beli barang. Berikut adalah recipe masakan nasi ayam madu.

1. Masak sup ayam- tumis bawang merah, bawang putih, halia. Biler dah tumis, masukan air n kentang serta ayam. Selepas 5 minit, masukan sup bunjut n kiub ayam. Sup bunjut n kiub ayam adalah bergantung kpda korang nak masukan ke tak.
2. Masak nasi- tumis halia, bawang putih dengan butter. Tumis tak perlu lama/garing. Just nak bagi naik bau sahaja.
3. Selepas tumis masukan tumisan n sedikit butter dah panas/cairkan ke dalam nasi dgn daun padan. Masukan stok ataupn sup ayam time masak nasi. Air sukat mcm biasa n masak nasi mcm biasa.
4. Goreng ayam- gaulkan kicap, sos tiram, sikit madu n halia. Peram sebelum goreng.

Itu jer cara2 nak masak. Sbnrnya aku reti masak nasi ayam jer. Goreng Ayam tu aku main bedal jer. Nasib baik jadi. Hahahaha "Selamat Mencuba".

Friday 3 August 2012

Oh My Guitar

Biasanya kalau gurls tgk boyZ pandai main guitar, perghhh cool giler...biler sebaliknya, perghh pmpuan pn nak main guitar ker? Dhtu kuali kat umah sapa nak main?

Zaman skang ni dh trend pempuan main guitar laki main masak2. Sbb tu Juara Masterchef Selebriti laki tapi Anugerah Juara Lagu pempuan main guitar. So tkdepe yg pelik.

Bagi Tipah, dier nak main guitar tapi tangan pendek..hahah so mlm ni start klass "Oh My Guitar". Dengan Cita-Cita ingin menjadi pelapis Najwa Latif unk menyanyikan lagu "1" pulak since Najwa Latif Real dh nyanyi lagu "0" kan. Ape2 pun aku sokong tipah nk main guitar since aku sendiri minat guitar.

So kita start dengan Do Re Mi Fa So La Ti Do..ha ulang kebelakang sambil bejalan mengundur baru sedap. Hehehe ape2 pun mari belajar guitar dalam rancangan "Oh My Guitar" bagi ahli2 wanita Umno yang nak belajr main guitar. Selamat Mencuba!