Sunday 23 September 2012

Mohon Maaf Semua

Jam menunjukkan jam 3.05 pagi. Mata still tak boleh lelap kenangkan apa yang terjadi tadi. Tolongla jangan jadi lagi. Nampak gaya mcm kena EL esok since tak cukup tido nie. Penat tersangat tadi.

Ya Allah, Susah nak terangkan. Bagi manusia2 di luar sana nie kalau terbaca blog ni n terniat nak buat bnda haram iaitu sihir ke santau ker tu pikir2 panjang la. Janganla jadi umat yang dilaknat Allah nescaya tak selamat dunia akhirat.

Jika saya atau isteri ader buat silap maafkanla kami. Kami mohon maaf dari ujung rambut sampai hujung kaki. Janganla buat kami mcm ni. Saya dah tak larat nak hadap semua ni. Kalau ade yang tak puas hati, saya minta buang la jauh2. Saya taknak tuduh sapa2 sebab berdosa dalam islam jika menuduh tanpa usul periksa.

Saya diberi mimpi seorang wanita memberikan ular kepada saya. Mengikut tafsir mimpi islam, seorang yang berada di sekeliling anda iaitu musuh dalam selimut akan menghantar sihir kepada kita. Orang yang buat tu bermakna bukan orang jauh, orang yang kita kenal. Ya Allah jauhkan la benda tu tapi skang biler smpi 2 kali kena rasanya tak boleh berdiam dah ni. Perlu cari jalan penyelesaian secepat mungkin.

Bagi hamba Allah yang berkenaan, hentikanla benda ni. Saya merayu sangat2. Benda ni kalau tak puas hati bagitaula Face to Face. Kenapa perlu nak main cara halus ni. Bukan saya saje benci giler orang main bnda ni tapi Allah pun laknat sapa yang menduakannye. Kenapa dalam zaman moden ni masih ada lagi benda2 mcm ni. Dah tak tau nak cakap apa, tapi bagi yang membaca atau tidak, mohonla hentikan semua benda ni. Maafkan la kami.

Nasihatla orang di sekeliling anda supaya hentikan bomoh2 ni jika mereka buat perkara keji ni. Tapi apa2 pun saya merayu sekali lagi dan berdoa kat Allah bagi sapa yang buat kat saya ni harap hentikanla. Saya berdoa agar kita semua dirahmati Allah.

No comments:

Post a Comment