Sunday, 23 September 2012

Mohon Maaf Semua

Jam menunjukkan jam 3.05 pagi. Mata still tak boleh lelap kenangkan apa yang terjadi tadi. Tolongla jangan jadi lagi. Nampak gaya mcm kena EL esok since tak cukup tido nie. Penat tersangat tadi.

Ya Allah, Susah nak terangkan. Bagi manusia2 di luar sana nie kalau terbaca blog ni n terniat nak buat bnda haram iaitu sihir ke santau ker tu pikir2 panjang la. Janganla jadi umat yang dilaknat Allah nescaya tak selamat dunia akhirat.

Jika saya atau isteri ader buat silap maafkanla kami. Kami mohon maaf dari ujung rambut sampai hujung kaki. Janganla buat kami mcm ni. Saya dah tak larat nak hadap semua ni. Kalau ade yang tak puas hati, saya minta buang la jauh2. Saya taknak tuduh sapa2 sebab berdosa dalam islam jika menuduh tanpa usul periksa.

Saya diberi mimpi seorang wanita memberikan ular kepada saya. Mengikut tafsir mimpi islam, seorang yang berada di sekeliling anda iaitu musuh dalam selimut akan menghantar sihir kepada kita. Orang yang buat tu bermakna bukan orang jauh, orang yang kita kenal. Ya Allah jauhkan la benda tu tapi skang biler smpi 2 kali kena rasanya tak boleh berdiam dah ni. Perlu cari jalan penyelesaian secepat mungkin.

Bagi hamba Allah yang berkenaan, hentikanla benda ni. Saya merayu sangat2. Benda ni kalau tak puas hati bagitaula Face to Face. Kenapa perlu nak main cara halus ni. Bukan saya saje benci giler orang main bnda ni tapi Allah pun laknat sapa yang menduakannye. Kenapa dalam zaman moden ni masih ada lagi benda2 mcm ni. Dah tak tau nak cakap apa, tapi bagi yang membaca atau tidak, mohonla hentikan semua benda ni. Maafkan la kami.

Nasihatla orang di sekeliling anda supaya hentikan bomoh2 ni jika mereka buat perkara keji ni. Tapi apa2 pun saya merayu sekali lagi dan berdoa kat Allah bagi sapa yang buat kat saya ni harap hentikanla. Saya berdoa agar kita semua dirahmati Allah.

Thomas & Friends Besday Kek

Thanks kepada my collagues Norzaiti for the best Kek "Thomas & Friends". Walaupun order minggu lepas tapi dapat minggu nie, its still the best kek. Minggu lepas dah celebrate dengan jamuan makan tapi kek bodoh jer. But demi tunaikan impian anak buah yang tersayang. Suruh jugak dier buat.

Awal bulan lepas si comel ni mintak Kek Thomas n Friends + Ipad. So yang sempat diberi adalah tablet jer kek tak sempat sebab lewat sangat order. So beli kek murah jer la "Barbie" jer minggu lepas. Minggu ni repeat dengan "Thomas n Friends". Seronok betul anak buah sorang ni. Dapat Tab + Kek Barbie + Kek Thomas.

Melompat2 siap bgi kiss lagi dapat hadiah + Dua Kek daripada Pak Teh dier. Tapi 3 lagi anak buah sudah merajuk n taknak kawan Pak Teh sebab jeles tak dapat Tab mcm Sara. Hehehe takpela sekali setahun jer. Anyway thanks so much to my fren Norzaiti. For those yang berminat nak order boleh leave your mesage.

Thomas & Friends! Choo! Choo!

Saturday, 22 September 2012

Welcome to Putrajaya

Alhamdulilah, ungkapan pertama di pagi Jumaat. Mungkin ini rezeki hari Jumaat penghulu segala hari. Permulaan jumaat yang seronok sebab cita2 nak kerja di Putrajaya di Dataran Kemegahan Putrajaya bakal tercapai.

Mengikut tarikh yang dieorg minta daftar adalah 1 oktober 2012, bermakna lagi seminggu dari skang dh kena letak jawatan. Perghh syarat benti adalah 3 bulan notis, kalau kurang kena bayar gaji semula kat company skang. Masak Akuuu!

Tapi setelah nego. dengan dieorg, insy akan dapat masuk dalam 15hb atau 1hb November. Gred yang ditawarkan adalah Akauntan (W44). Next week amik offer letter. Ikutkan hati memang nak kerja sana wlpn terpaksa notis 24jam but kena pikir jugak pasal company skang. Dah hampir 5 tahun kerja dengan dieorang so takan nak tingalkan mcm tu jer. Kena pikir kesan masa depan nanti. So sekarang harap2 dapat extend ke at least 15hb.tp lagi bagus kalau 1hb november terus. Kalau dpt alhamdulilah.

First thing first, so jmpa HR untk bgtau status n procedure mcm mana. But then dapat pulak nego drpd HR and quite good jugak info yg diberi. Berat pulak rasa nak pegi. Kat sana kejer tak tau mcm mana, kat sini dh biasa sibuk. Buatnya kat sana tak sibuk kejer melepak jer mampus. Mmg keras la sbb tak biasa kalau tkde kejer ni. Better bnyk kejer drpd tkde keje. But anyway that's my dream after all so hopefully ok n hopefully choice yg dibuat tak salah sbb dh masuk tak boleh patah balik ke company skang.

Tapi apa2 pun company skang mmg tak dapat dilupakan sbb pengalaman n ilmu yg dimiliki skang adalah segalanya dtg dr company skang. Tq kepada semua staf, mmg apreciate sgt. Kalau tkde cikgu2 ni semua mmg takan dpt ilmu yg ada skang ni. Tq again semua.

LUV u all.

Friday, 21 September 2012

Sihir@Jin adalah musuh Allah

Tengok trend sekarang ni makin menjadi2 main bomoh, sihir, santau, syaitan2. Kenapa la umat islam suka buat perkara2 begini. Benda ni kan dilarang keras dlm islam. Syirik hukumnya n neraka tempat yang pasti dijnjikn.

Benci, irihati, tidak puas hati, meluat, atau apa saja sifat adalah biasa pada setiap manusia especially umat islm kini. Namun itu bukan tiket untuk kit mencari bomoh n menghancurkan idup umat islam yg lain.

Kita sebagai umat islam patut tau menduakan tuhan adalah perkara yang amat dilarang. Nabi Muhammad sendiri mengmbil jalan penyelesaian dengan berbincang. Kenapa kita tak boleh. Janganla membuat benda yang amat dibenci itu kerana nescay kita akan dilaknat Allah.

Jauhkanla perkara tersebut daripada keluarga kita. Kita sebagai umat islam yang baik perlu menasihati umat di sekeliling kita agar menjauhi perkara ini. Berdoala agar kita bersama2 dijauhi perkara yang mungkar n syirik itu. AMINNNN!